SETULUS KASIH RAMADAN BERSAMA DUNKIN’: BALIK KAMPUNG GOODIES
18 Mac 2026: Yayasan Food Bank Malaysia bersama Dunkin’ telah melaksanakan program Setulus Kasih Ramadan dengan pengagihan Balik Kampung Goodies di beberapa lokasi strategik: BHP Karak, Petron Sungai Besi, dan R&R Sungai Buloh. Inisiatif ini bertujuan untuk menyantuni para pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Agihan bermula sekitar jam 3:00 petang melibatkan pasukan daripada Golden Donut Sdn Bhd serta para sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan setiap pek sampai ke tangan penerima. Sumbangan ini diharap dapat menceriakan perjalanan mereka, selain menjadi tanda ingatan serta sokongan kepada masyarakat yang sedang bermusafir.
Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Dunkin’ atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi makna besar kepada penerima serta terus mengeratkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.





