PROGRAM AGIHAN KOTAK MAKANAN FOOD BANK KASIH YFBM & BERAS FIDYAH TAJAAN IKHLAS.COM DI SMK BATU 4, GERIK

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read

PROGRAM AGIHAN KOTAK MAKANAN FOOD BANK KASIH YFBM & BERAS FIDYAH TAJAAN IKHLAS.COM DI SMK BATU 4, GERIK

16 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan program agihan Kotak Makanan Food Bank Kasih YFBM bersama Beras Fidyah sumbangan ikhlas.com kepada komuniti yang memerlukan di SMK Batu 4, Gerik.
 
Melalui inisiatif ini, bantuan makanan asas serta beras fidyah telah diagihkan bagi membantu meringankan beban keluarga penerima manfaat, khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
 
Program ini turut disertai oleh pasukan YFBM bersama para sukarelawan yang berganding bahu memastikan proses agihan berjalan lancar serta sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ikhlas.com atas sumbangan beras fidyah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
 
Berpakat Bantu Masyarakat.