PROGRAM SEIKHLAS RAMADAN BERSAMA APM BALING – MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK
15 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Program SeIkhlas Ramadan bersama Agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling melalui aktiviti memasak dan agihan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat di Baling, Kedah. Program ini dilaksanakan hasil sumbangan daripada ikhlas.com.
Melalui inisiatif ini, Bubur Lambuk yang disediakan secara gotong-royong telah diagihkan kepada masyarakat sebagai juadah berbuka puasa, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan.
Program ini turut melibatkan kerjasama erat antara pasukan YFBM, anggota APM Baling serta para sukarelawan yang berganding bahu memastikan proses penyediaan dan agihan berjalan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ikhlas.com, pihak APM Baling, para sukarelawan serta seluruh warga kerja YFBM atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi asbab keberkatan dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
@ikhlasdotcom








