PROGRAM RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA AGENSI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BALING
15 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Program Raikan Aidilfitri melalui agihan sebanyak 150 Kotak Makanan kepada Agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Kedah. Program ini dilaksanakan dengan sumbangan daripada CIMB Foundation.
Inisiatif ini bertujuan menyantuni barisan petugas serta komuniti setempat, di samping membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Program ini turut disertai oleh pasukan YFBM serta para sukarelawan yang berganding bahu memastikan proses agihan bantuan berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation atas sumbangan yang diberikan serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha dan sumbangan ini membawa kegembiraan serta keberkatan kepada semua pihak.
@cimbfoundation





