RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA CIMB FOUNDATIOIN : PROGRAM BAKUL RAYA DI BENGKEL SRI SEMBILAN, SEREMBAN

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

15 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama CIMB Foundation telah melaksanakan Program Agihan Raya Basket di Bengkel Sri Sembilan, Seremban, sebuah institusi latihan vokasional khususnya bagi komuniti Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini disokong oleh CIMB Foundation sebagai usaha berkongsi kegembiraan Ramadan serta membantu persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Melalui program ini, seramai 50 penerima dalam kalangan komuniti Bengkel Sri Sembilan telah menerima sumbangan bakul raya yang mengandungi barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban menjelang aidilfitri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation, sukarelawan dari @skuad_al_baasith , AJK tempatan, warga kerja YFBM serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga sumbangan ini dapat membawa kegembiraan serta memberi makna kepada para penerima dalam menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan komuniti tersayang.

@cimbfoundation

Berpakat Bantu Masyarakat.