14 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama CIMB Foundation telah menganjurkan Program Raikan Eidulfitri di Kg. Inas, Negeri Sembilan bagi menyantuni seramai 100 penerima dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Program ini dilaksanakan hasil sokongan dan sumbangan daripada pihak CIMB Foundation sebagai usaha berkongsi keberkatan Ramadan bersama komuniti setempat.
Melalui inisiatif ini, para penerima mendapat sumbangan yang diharapkan dapat membantu meringankan beban serta menceriakan persiapan mereka menjelang Syawal. Turut hadir ialah Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, sukarelawan dari CIMB Foundation, sukarelawan dari @skuad_al_baasith, AJK tempatan serta warga kerja YFBM.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation, para sukarelawan serta seluruh warga kerja YFBM yang komited menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi makna yang mendalam kepada komuniti dalam menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.
@skuad_al_baasith



