RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA CIMB FOUNDATIOIN : PROGRAM MEMBELI-BELAH RAYA BERSAMA ANAK-ANAK PULAU REJUNA, KELANTAN

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

 

 
13 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama CIMB Foundation telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak dari Pulau Rejuna, Kelantan melalui program membeli-belah pakaian Raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Program ini dilaksanakan hasil tajaan dan sumbangan daripada pihak CIMB Foundation.
Aktiviti yang disertai oleh pasukan YFBM serta para sukarelawan ini memberi peluang kepada anak-anak tersebut untuk memilih sendiri pakaian Raya kegemaran mereka di Pusat Membeli-Belah Hari-Hari Bandar Bendara Tumpat, Kelantan, sekali gus menceriakan persiapan mereka dalam menyambut Syawal.
Program ini turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan serta kakitangan CIMB yang bersama-sama membantu memastikan kelancaran program sepanjang berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation, APM Kelantan, barisan sukarelawan, serta seluruh warga kerja YFBM yang komited menjayakan inisiatif ini. Semoga keprihatinan yang dikongsi pada Ramadan ini membawa sinar kegembiraan serta kenangan indah buat anak-anak Pulau Rejuna dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang
@cimbfoundation
@apmnegerikelantan
Berpakat Bantu Masyarakat.

Want to Help? Click the link below to go to our donation page. Every donation will go to feed the right person.


DONATE