12 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah bekerjasama dengan CIMB Foundation dalam menjayakan program Raikan Aidilfitri bersama CIMB – Kindness Basket, yang melibatkan penyertaan kakitangan CIMB Foundation dalam aktiviti pembungkusan bantuan makanan.
Melalui program ini, para sukarelawan daripada CIMB Foundation bersama pasukan Yayasan Food Bank Malaysia serta sukarelawan daripada Al-Basith Negeri Sembilan telah berganding bahu menyediakan sebanyak 800 kotak Kindness Basket yang mengandungi barangan makanan asas untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, malah turut memupuk semangat kesukarelawanan dan kebersamaan dalam kalangan para sukarelawan yang terlibat sepanjang program berlangsung.
Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CIMB Foundation serta semua sukarelawan yang terlibat atas komitmen dan sokongan dalam membantu usaha menyalurkan bantuan makanan kepada masyarakat yang memerlukan.
Semoga usaha ini dapat membawa kegembiraan dan memberi makna kepada para penerima manfaat dalam menyambut kedatangan Syawal.
@cimbfoundation
@skuad_al_baasith
Berpakat Bantu Masyarakat.



