11 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berganding bahu dengan L’Oréal Malaysia bagi program L’Oréal Malaysia Kasih Ramadan – Shopping Raya dan Iftar di AEON Mall Bandar Utama. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura, Rumah Jalinan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Rumah Perlindungan Al-Nasuha untuk memilih kelengkapan pakaian raya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Thomas Hruska, Pengurus Besar L’Oréal Malaysia & Singapore, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia serta kakitangan L’Oréal Malaysia & Singapore, sukarelawan dan warga kerja YFBM yang turut membantu menjayakan aktiviti membeli-belah tersebut.
Selepas sesi membeli-belah selesai, para peserta kemudiannya dibawa untuk berbuka puasa di Grand Dining Hall Iman Iris, Kota Damansara bagi memberi peluang untuk mengeratkan hubungan bersama kanak-kanak pada bulan ramadan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada L’Oréal Malaysia atas komitmen dan sokongan berterusan. Semoga program ini dapat memberi sinar kebahagiaan dan membantu kanak-kanak dari rumah kebajikan ini merasai kegembiraan menyambut Syawal.
@lorealpro_education_mysg
Berpakat Bantu Masyarakat.
HELP US











