10 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyertai Program Iftar Perdana Felda Trolak 2026. Dalam program ini, seramai 70 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima manfaat kotak makanan dan dilengkapi dengan 5kg beras sumbangan khas daripada Ikhlasdotcom.
Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan bin Halid, yang turut hadir bagi menyantuni para penerima dan komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Felda Trolak , Ikhlasdotcom serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan ukhuwah terus dieratkan dan usaha ini dapat membantu komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.
HELP US





