PROGRAM RAIKAN AIDILFITRI CIMB FOUNDATION : MEMBELI-BELAH RAYA BERSAMA ANAK-ANAK POS YUM, KUALA KANGSAR

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

8 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama CIMB Foundation telah menyantuni seramai anak-anak dari Pos Yum melalui program membeli-belah pakaian Raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Program ini dilaksanakan hasil tajaan dan sumbangan daripada pihak CIMB Foundation.

Aktiviti yang disertai oleh pasukan YFBM serta para sukarelawan ini memberi peluang kepada anak-anak tersebut untuk memilih sendiri pakaian Raya kegemaran mereka di Pusat Membeli-Belah Hari-Hari Kuala Kangsar, sekali gus menceriakan persiapan mereka dalam menyambut Syawal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CIMB Foundation, barisan sukarelawan, serta seluruh warga kerja YFBM yang komited menjayakan inisiatif ini. Semoga keprihatinan yang dikongsi pada Ramadan ini membawa sinar kegembiraan serta kenangan indah buat anak-anak Pos Yum dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

@cimbfoundation

Berpakat Bantu Masyarakat. 

Want to Help? Click the link below to go to our donation page. Every donation will go to feed the right person.

DONATE