Beauty for a Better Life (BFBL) Salon – Mengembalikan Maruah Melalui Sentuhan Kasih
Pada 31 Julai 2025, sejarah telah tercipta dengan pelancaran rasmi BFBL Salon yang pertama bertempat di Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Thomas Hruska, Pengurus Besar Loreal Malaysia – Singapore, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, YBrs. Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia.
Pemilihan lokasi di Anjung Singgah (pusat gelandangan Yayasan Kebajikan Negara) adalah bertujuan untuk memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang paling memerlukan di tengah-tengah ibu kota.
Misi Beauty for a Better Life (BFBL) Salon
Di Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), kami percaya bahawa kemiskinan bukan sekadar kekurangan makanan di atas meja, tetapi juga kehilangan keyakinan dan maruah diri. Melalui kolaborasi strategik bersama L’Oréal Malaysia, kami membawakan Beauty for a Better Life (BFBL) Salon. Ia merupakan inisiatif unik yang menggabungkan aspek kebajikan dengan pemerkasaan komuniti.
Sebagai Salon Sosial pertama di Asia, BFBL Salon berfungsi sebagai pusat transformasi di mana golongan gelandangan, komuniti B40, dan mereka yang terpinggir boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan diri secara percuma. Kami percaya, apabila seseorang merasa bersih dan kemas, mereka akan lebih berkeyakinan untuk melangkah keluar dan membina masa depan yang lebih baik.
Perkhidmatan Yang Di Sediakan
Perkhidmatan Percuma: Potongan rambut, dandanan, dan kit kebersihan diri (hygiene kits).
Mobile Outreach: Unit salon bergerak yang melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat jagaan warga emas di seluruh negara.
Sokongan Emosi: Menyediakan ruang selamat untuk penerima manfaat berbual dan merasa dihargai.
"Terokai Inisiatif Kami yang Lain"
BFBL Salon hanyalah salah satu daripada pelbagai usaha kami dalam membasmi kemiskinan dan membina maruah bangsa. Ketahui lebih lanjut mengenai program agihan makanan, bantuan kecemasan, dan inisiatif kelestarian kami di sini.