28 Januari 2026 – Sesi pengisian barangan ke dalam lori telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan logistik daripada APM Baling, APM Ipoh dan APM Kuala Kangsar. Kerjasama ini memastikan semua barangan bantuan dapat disusun dan dimuatkan dengan teratur sebagai persediaan awal sebelum digerakkan ke lokasi sasaran.
Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada persiapan bagi Program Kembara Tengkujuh 2026, hasil sumbangan daripada CIMB Foundation. Semoga segala usaha dan kolaborasi ini dapat memudahkan perjalanan misi seterusnya dalam menyantuni komuniti yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.
@apmipoh







