27 Januari 2026 – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan, satu sesi pembungkusan Bantuan Makanan Sedia Dimakan (RTEF) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Institute of Biodiversity and Sustainable Development (IBSD) UiTM serta Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) UiTM.
Program ini menghimpunkan tenaga sukarelawan yang komited, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial dalam menjayakan misi kemanusiaan.
Sebanyak 1,000 kotak RTEF telah berjaya dibungkus dan sedia untuk diagihkan kepada komuniti sasaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada IBSD UiTM, JPI UiTM serta semua sukarelawan yang terlibat atas komitmen dan sokongan padu. Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan memperkukuh kolaborasi kebajikan pada masa hadapan.
Berpakat Bantu Masyarakat.










