25 Januari 2026 – Sempena pelaksanaan Kembara Tengkujuh 2026, satu sesi Ziarah Kasih telah dilaksanakan dengan kunjungan ke 5 buah rumah terpilih di sekitar Kampung Merchong dan Nenasi bagi menyantuni keluarga yang memerlukan serta menyampaikan bantuan secara langsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada CIMB Foundation, rakan strategik, sukarelawan serta AJK tempatan atas keprihatinan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.










