KEMBARA TENGKUJUH YFBM SUMBANGAN CIMB FOUNDATION | GUA MUSANG, KELANTAN

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

14 – 15 Januari 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan sokongan padu daripada CIMB Foundation, telah berjaya menyempurnakan misi Kembara Tengkujuh selama dua hari di daerah Gua Musang, Kelantan.

Misi ini bertujuan untuk menyantuni serta meringankan beban komuniti yang terjejas akibat musim tengkujuh melalui agihan bantuan makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di beberapa lokasi strategik.

Ringkasan Agihan Bantuan: Sepanjang misi ini, sebanyak 362 bungkusan bantuan telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di lokasi berikut:

  • Pasir Linggi – 51 KIR

  • Kg Machang – 57 KIR

  • Aring 2 – 30 KIR

  • Aring 5 – 94 KIR

  • Kg Serian – 130 KIR

Jutaan terima kasih diucapkan kepada @cimbfoundation, @apmguamusang, para ketua komuniti, barisan sukarelawan, serta seluruh staf YFBM atas kerjasama erat dan komitmen tinggi dalam memastikan misi ini berjalan lancar.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan buat penduduk di Gua Musang dalam mengharungi cabaran musim tengkujuh kali ini.

Berpakat Bantu Masyarakat.

#KembaraTengkujuh #CIMBFoundation #YayasanFoodBankMalaysia #CSRMalaysia #BerpakatBantuMasyarakat #GuaMusang #Kelantan

DONATE