Sesi Pembungkusan 1500 Beg Bantuan Program Kembara Tengkujuh Sumbangan CIMB Foundation

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
10 Januari 2026 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Sesi ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia dan CIMB Foundation. Sebanyak 1,500 unit beg bantuan makanan dan 1,500 unit kit kebersihan telah berjaya dibungkus sebagai persediaan bagi Program Kembara Tengkujuh, yang akan digerakkan ke lokasi terlibat untuk membantu komuniti yang memerlukan.
Program ini merupakan satu inisiatif bantuan kemanusiaan YFBM membantu komuniti yang terjejas akibat peralihan Monsun Timur Laut (MTL),serta mereka yang tinggal di kawasan terpencil. Usaha ini bertujuan memastikan kelangsungan bekalan makanan dan barangan keperluan asas terus terpelihara sepanjang musim tengkujuh.
Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CIMB Foundation atas sumbangan serta sokongan berterusan terhadap usaha kebajikan dan kemanusiaan. Sokongan ini amat bermakna dalam membantu meringankan beban masyarakat yang terjejas sepanjang musim tengkujuh.
Penghargaan turut dizahirkan kepada para sukarelawan YFBM, khususnya pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta ahli Kelab Team Volunteer Kolej Burhanuddin Helmi (TVKBH), atas komitmen, tenaga dan semangat kesukarelawanan yang amat membanggakan.
Semoga usaha ini dapat membawa sinar harapan dan memberi kelegaan kepada para penerima bantuan. Sama-sama kita mendoakan agar urusan pengagihan nanti berjalan dengan lancar dan selamat.
Berpakat Bantu Masyarakat.
DONATE