PROGRAM SUSUR PULAU 2025 YFBM PULAU TUBA & PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI BERSAMA YAYASAN TAQWA MAIWP

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

12 & 13 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan kerjasama Yayasan Taqwa selaku penyumbang utama, telah melaksanakan Misi Bantuan Tengkujuh: Program Susur Pulau Tahun 2025 melibatkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban komuniti nelayan pantai yang terjejas sepanjang musim tengkujuh.

Seramai 300 ketua isi rumah telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM82,500.00, melibatkan beberapa lokasi utama seperti berikut:

• Masjid Kampung Lubuk Cempedak, Pulau Tuba – 80 KIR
• Tuba Street, Pulau Tuba – 145 KIR
• Masjid Al-Falah, Kampung Selat Bagan Nyiur, Pulau Dayang Bunting – 60 KIR

• Agihan malam di Kampung Tepi Laut – 15 penerima

Bantuan yang disalurkan merangkumi beras 10kg, set makanan asas, kit kebersihan dan minyak masak 5kg.
Program ini turut diperkasakan melalui inisiatif Mobile Salon menerusi Program BFBL Salon YFBM, yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai nilai tambah kepada kesejahteraan penerima manfaat.

Misi ini turut diserikan dengan kehadiran En. Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, yang turun padang menyantuni para penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Taqwa atas sumbangan dan kepercayaan sebagai penyumbang utama, serta kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) @Malaysia Coast Guard Kedah & Perlis atas sokongan logistik termasuk penyediaan bot. Penghargaan turut dirakamkan kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) @Universiti Putra Malaysia yang telah membantu dalam sesi loading, unloading dan agihan bantuan di kawasan Tuba Street, Pulau Tuba.

Komitmen dan kerjasama semua pihak ini telah menjadi antara faktor utama kejayaan pelaksanaan misi ini.

DONATE