Penghargaan Komuniti: Program Box of Hope Air Selangor (2025) & YFBM Akan Diteruskan ke Tahun 2026

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

10 Disember 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope bersama Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan hari ini di Balai Raya Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam. Ini merupakan program terakhir Air Selangor bagi tahun 2025, yang telah memberi manfaat kepada 150 penerima daripada komuniti setempat. Program ini akan diteruskan lagi pada tahun 2026 sebagai komitmen berterusan dalam membantu masyarakat.

Turut hadir pada program ini ialah Encik Zahairul Bin Abdul Rahman, Penghulu Mukim Bagan Nakhoda Omar, Encik Haji Ts. Mohd Azmi Bin Md Nasir, Ketua Wilayah Pengurusan Air Selangor Wilayah Sabak Bernam, dan Encik Ir. Nik Ahmad Syamizul Bin Nik Mustafa, Pengurus Teknikal Pengurusan Air Selangor Wilayah Sabak Bernam, bersama pasukan Hydro Heroes, AJK tempatan dan komuniti yang turut membantu menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih kepada penyumbang utama, Pengurusan Air Selangor dan Village Grocer . Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE