MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BENCANA BANJIR YFBM BERSAMA YAM TENGKU DATIN PADUKA SETIA TPJ. KERHORMAT (PA) ZATASHAH
5 Disember 2025 – Misi bantuan telah berlangsung di PPS SK Sungai Serai serta PPS SRA Dusun Nanding melibatkan sesi menyantuni dan serahan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas. Sumbangan daripada Yayasan Hasanah ini turut merangkumi RTEF untuk 200 orang, kit bantuan dan beberapa barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban keluarga yang terpaksa berpindah berikutan keadaan cuaca dan paras air yang meningkat. Bantuan tambahan seperti air minuman, serbuk coklat dan biskut turut diagihkan untuk memenuhi keperluan 250 orang penerima.
Turut hadir ialah YAM Tengku Datin Paduka Setia TPj. Kehormat (PA) Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersama Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan YFBM. Misi ini turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Langat yang memberikan taklimat situasi semasa, selain membantu menyelaras pergerakan ke kedua-dua pusat pemindahan.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAM Tengku Zatashah, pihak APM Hulu Langat, para penyumbang, petugas barisan hadapan, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan keprihatinan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lancar kepada mangsa banjir. Terima kasih atas dedikasi dan usaha murni dalam meringankan beban masyarakat yang terkesan.
Berpakat Bantu Masyarakat.
