BFBL OUTREACH MOBILE SALON DI PPR SENTUL MURNI

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

BFBL OUTREACH MOBILE SALON DI PPR SENTUL MURNI

30 November 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah meneruskan inisiatif mendekati dan menyantuni komuniti B40 melalui program Mobile Salon di PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur. Program ini dijalankan sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik bersama L’Oréal di bawah inisiatif Beauty for a Better Life Salon.

Tiga orang jurukecantikan (beautician) terlatih telah hadir untuk menawarkan perkhidmatan dandanan dan penjagaan diri secara percuma kepada penduduk setempat. Selain sesi di lokasi, kami turut membero pendedahan kepada Beauty for a Better Life Salon yang kini beroperasi di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kuala Lumpur. Inisiatif ini bertujuan membuka peluang kepada golongan rentan untuk meningkatkan keterampilan dan menimba ilmu asas penjagaan diri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada L’Oréal Malaysia, jurukecantikan, sukarelawan, dan seluruh warga kerja atas komitmen dalam menjayakan misi ini. YFBM berharap usaha ini dapat memperkukuh hubungan dengan komuniti serta menyuntik semangat dan keyakinan baharu dalam diri penerima manfaat.

Berpakat Bantu Masyarakat.


DONATE