PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH YFBM BERSAMA TIKTOK MALAYSIA 2025

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH YFBM BERSAMA TIKTOK MALAYSIA 2025 27–29 November 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan sumbangan dari TikTok Malaysia, telah menyantuni komuniti di sekitar Gerik, Perak menerusi Program Kembara Tengkujuh 2025. Misi ini dijalankan bagi menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada 380 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tinggal di kawasan pedalaman dan berisiko terjejas ketika musim tengkujuh. Sepanjang tiga hari program berlangsung, pasukan sukarelawan telah bergerak ke beberapa lokasi mencabar untuk memastikan bantuan sampai terus ke tangan penerima. Program ini bukan sahaja melibatkan agihan makanan, malah turut menyertakan sesi ziarah serta penyerahan sumbangan kepada surau-surau tempatan. Sepanjang tiga hari program berlangsung, pasukan sukarelawan telah bergerak ke pelbagai lokasi mencabar untuk memastikan bantuan sampai terus ke tangan penerima. Bantuan telah diagihkan secara terperinci kepada komuniti di lokasi-lokasi berikut:
  • RPS Air Bah – 74 keluarga
  • Kawasan Lawin:
Kampung Bukit Tokong – 13 keluarga Kampung Bukit Ulu Tawai – 8 keluarga
  • RPS Dala:
Kampung Bukit Nangka – 15 keluarga Kampung Ladoy – 16 keluarga Kampung Sungai Urat – 16 keluarga & 5 surau Kampung Pos – 27 keluarga Kampung Sungai Untung 9 – 29 keluarga Kampung Sungai Untung 5 – 28 keluarga & 2 surau
  • Kg Bukit Asu – 56 Keluarga
  • Kawasan Tasik Banding/Temenggor:
Kampung Pulau 7 – 39 keluarga Kampung Semelor – 51 keluarga Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada TikTok Malaysia atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan misi kemanusiaan ini, serta pasukan 4×4 Ipoh, sukarelawan, wakil komuniti, dan warga kerja YFBM yang banyak membantu melancarkan program. Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban persediaan menghadapi musim tengkujuh dan membawa keceriaan kepada semua keluarga yang terlibat. TikTok (Malaysia) Berpakat Bantu Masyarakat. DONATE