8 November 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Desa Petaling dengan 100 penerima dan di PPR Pudu Ulu dengan 100 penerima.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Bukit Bintang, Encik Muhammad Shahir bin Jimi, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad, Pengerusi Surau Al Muhajirin PPR Desa Petaling, Encik Zakaria bin Abdullah, Pengerusi Persatuan PPR Pudu Ulu , Encik Haji So’aid bin Ali, serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 2 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
