1 November 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Sg Bonus dengan 100 penerima dan di PA Desa Rejang dengan 200 penerima.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Setiawangsa, Encik Khairil Fikri bin Huzaimah, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Operasi Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Timbalan Pengerusi PPR Sungai Bonus, Encik Wan Zainal bin Wan Chee Tim, Pengerusi KRT PA Desa Rejang , Mohd Noor bin Md Tahir serta pegawai-pegawai dari MAIWP, AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
Berpakat Bantu Masyarakat!
