PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
23 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Sentul Murni dengan 100 penerima. Program kali ini juga diadakan saringan kesihatan dibawah inisiatif PeKa B40 dengan kerjasama Klinik As – Salam Bangi.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Wangsa Maju, Encik Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah , Pengerusi Persatuan PPR Sentul Murni, Encik Zaini bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.

Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 8 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE