Daripada jumlah tersebut, 180 beg akan diagihkan kepada komuniti pulau melalui Program Susur Pulau, manakala 300 beg lagi akan disalurkan kepada penerima di bawah Program Kembara Tengkujuh.
Turut hadir bersama sesi pembungkusan adalah YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, YM Raja Nurmaria Murni, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestlé Malaysia, serta Encik Xolile White, Pengarah Eksekutif Bahagian Teknikal & Pengeluaran Nestlé Malaysia . Turut serta ialah sukarelawan Nestlé Sayang Komuniti Malaysia, sukarelawan YFBM, dan warga kerja YFBM sendiri.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAM Tengku Zatashah, Nestlé Malaysia, serta semua pihak yang terlibat atas sokongan, keprihatinan dan komitmen dalam memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
