FOOD BANK RELIEF – MISI BANTUAN BANJIR SABAH 2025 SUMBANGAN HELP UNIVERSITI

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read

12 Oktober 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir Sabah dengan sumbangan daripada HELP University bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di daerah Kota Kinabalu.

Sebanyak 40 keluarga di Kampung Sarapong telah menerima bantuan makanan asas melalui inisiatif ini. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga yang terkesan serta membantu mereka meneruskan kehidupan selepas bencana.

YFBM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada HELP University atas keprihatinan dan sokongan terhadap mangsa banjir di Sabah.

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE