FOOD BANK RELIEF – MISI BANTUAN BANJIR SABAH 2025 SUMBANGAN YAYASAN HASANAH & GDRN

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

10 – 12 Oktober 2025 | Beaufort & Kota Kinabalu, Sabah

Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir Sabah 2025 dengan sokongan Yayasan Hasanah dan GDRN bagi membantu komuniti yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Beaufort dan Kota Kinabalu.

Sepanjang misi ini, bantuan Ready-to-Eat Food (RTEF) telah diagihkan kepada lebih 480 keluarga di beberapa kawasan termasuk Kampung Bertandok, Kampung Suasa dan Kampung Inanam Laut. Bantuan ini bertujuan memastikan keluarga yang terkesan tetap mendapat bekalan makanan mencukupi walaupun terputus akses akibat banjir. Ia turut memberi sedikit kelegaan kepada mangsa untuk meneruskan rutin harian sementara menunggu keadaan kembali pulih.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Hasanah, GDRN, serta sokongan logistik daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan RELA Negeri Sabah atas kerjasama menjayakan misi ini. Terima kasih juga kepada semua sukarelawan dan agensi tempatan yang bersama membantu komuniti terkesan di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE