12 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Gombak Setia dengan 100 penerima di Dewan Komuniti PPR Gombak Setia.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 11 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
