11 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PA Sri Tioman dengan 100 penerima di Dewan Komuniti Sri Tioman 1.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Wangsa Maju, Encik Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Pengerusi Persatuan Penduduk PA Sri Tioman, Tuan Yusoff Khan bin Guldad.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 12 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.

