11 Oktober 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di Dewan Kebudayaan Homestay Batu Laut, Tanjung Sepat Selangor, bagi menyantuni komuniti yang memerlukan. Seramai 150 penerima telah mendapat manfaat set ‘Box of Hope’ dalam serahan kali ini.
Turut hadir bersama pada program kali ini ialah YB Datuk Borhan bin Aman Shah (ADUN Tg. Sepat), Encik Adam Saffian bin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor), Puan Elina Binti Baseri (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat), Encik Azhar bin Ahmad (Ketua Pegawai Kewangan YFBM) serta pasukan Hydro Heroes Air Selangor, warga kerja Yayasan Food Bank Malaysia dan AJK tempatan yang bersama-sama menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih kepada penyumbang utama iaitu Pengurusan Air Selangor dan Village Grocer. Semoga jalinan kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
