13 September 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyertai Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, yang telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bertempat di Kg Kluang, Besut Terengganu. Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, turut hadir sebagai salah seorang tetamu kehormat bagi menyokong inisiatif penting ini.
Sempena majlis tersebut, YFBM telah menyumbangkan kotak makanan berisi barangan keperluan asas kepada penerima manfaat. Kami juga melaksanakan #SaveFoodProject dengan mengagihkan makanan kepada para hadirin dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan atas peluang untuk turut serta dalam program bermakna ini serta komitmen berterusan mereka dalam menjaga kebajikan masyarakat.
@agensiantidadahkebangsaan
Berpakat Bantu Masyarakat!