MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI DI KAMPUNG TELUK NIPAH, KUALA MUDA KEDAH

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read

19 September 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyertai Majlis Peluncuran Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI anjuran Jabatan Penjara Malaysia, yang telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bertempat di Kg Teluk Nipah, Kuala Muda Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, turut hadir sebagai salah seorang tetamu kehormat bagi menyokong inisiatif penting ini.

Sempena majlis tersebut, YFBM telah menyumbangkan beg makanan berisi barangan keperluan asas kepada penerima manfaat.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia atas peluang untuk turut serta dalam program bermakna ini serta komitmen berterusan mereka dalam menjaga kebajikan masyarakat.

@jabatanpenjaramalaysia

#YayasanFoodBankMalaysia#BerpakatBantuMasyarakat