10 September 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Pertemuan ini telah disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim Bin Hamzah.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, YBhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid serta barisan pengurusan dari NADMA dan YFBM. Pertemuan ini menjadi medan perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pengurusan bantuan kepada mangsa bencana di seluruh negara.
YFBM komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha untuk membantu komuniti yang terjejas.
Berpakat Bantu Masyarakat!