LKRB Kg Cangkung – Lawatan Inspirasi ke YFBM & Kuala Lumpur

  • Post author:
  • Reading time:14 mins read
2 September 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berbesar hati menerima kunjungan warga kerja dan pelajar cemerlang Literasi Kelas Rimba Bateq (LKRB) dari Kampung Cangkung, Kuala Tahan, Pahang. Kehadiran mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, bersama warga kerja YFBM di ibu pejabat.
 

Selain sesi lawatan ke pejabat, anak-anak LKRB turut diberi peluang istimewa untuk mengunjungi ibu kota Kuala Lumpur dengan melawat Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur. Bagi mereka, ini bukan sekadar lawatan – tetapi pengalaman baharu yang membuka mata terhadap kehidupan di luar kampung serta memberikan inspirasi untuk terus menimba ilmu.

YFBM percaya kunjungan ini akan menjadi satu kenangan bermakna, membangkitkan semangat baharu, dan menjadi pendorong buat anak-anak LKRB untuk kembali membawa kebaikan kepada komuniti Bateq di Kg Cangkung.

Berpakat Bantu Masyarakat!


DONATE