30 Ogos 2025 – Program Kembara Merdeka 68 bersama Ingredion Malaysia telah berlangsung di Taman Impian Ehsan 3, Balakong. Sebanyak 100 set ‘Kindness Basket’ telah diagihkan kepada penerima yang layak sebagai tanda prihatin terhadap komuniti yang memerlukan.
Sempena bulan Kemerdekaan, sesi ini dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik bersama para penerima bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan rasa cinta kepada negara.
Majlis disertai oleh Encik Zul Emran Yaakob, Pengarah Ingredion Malaysia, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Anuar Omar, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan 3, serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
Terima kasih kepada Ingredion Malaysia atas sokongan dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga usaha ini membawa sinar dan semangat kemerdekaan kepada masyarakat yang memerlukan.
@ingredionus
@ingredionap
Berpakat Bantu Masyarakat!