29 Ogos 2025 – Program Sesama Mara ‘Box of Hope’ bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berlangsung di Surau Al-Amien, Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bukit Sentosa. Seramai 100 penerima manfaat menerima sumbangan Box of Hope yang mengandungi barangan keperluan asas, bertujuan meringankan beban hidup komuniti setempat.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, serta Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Anggerik 3, Encik Mohd Amin bin Md Tan. Program turut disokong oleh warga kerja YFBM, sukarelawan, serta kerjasama AJK tempatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Air Selangor dan Village Grocer atas sokongan yang berterusan. Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat kepada masyarakat dan mengukuhkan semangat kebersamaan.