KEMBARA MERDEKA 68 YFBM – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
16 Ogos 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (FST UKM) telah melaksanakan program Kembara Merdeka 68 di Royal Belum, Perak. Program ini menyaksikan kerjasama antara NGO dan institusi akademik dalam memberi manfaat kepada komuniti pedalaman sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Sebanyak 51 keluarga di Kg. Klewang dan 122 keluarga di Kg. Sungai Tiang telah menerima sumbangan bantuan makanan.
Program ini turut disertai oleh bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, serta Prof. Dato’ ChM. Dr. Mohammad Kassim bersama delegasi penyelidikan dari FST UKM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid, bersama Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar bin Ahmad dan warga kerja YFBM yang turut memberi sokongan dalam ekspedisi ini.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja menyokong kelestarian komuniti Orang Asli Royal Belum, malah memperkukuh hubungan antara YFBM dan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dalam agenda kemasyarakatan, penyelidikan dan pendidikan. Semoga usaha ini menjadi landasan untuk lebih banyak inisiatif bersama pada masa akan datang.