KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA KE ATAS LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI KEDAH
13 Ogos 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak.
Pertemuan ini dihadiri oleh Pengarah LHDN Kedah, En. Nor Azam bin Mohamad, pegawai kanan LHDN Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, serta pengurusan YFBM. Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dan inisiatif bersama pada masa hadapan demi manfaat komuniti.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LHDN Kedah atas sambutan mesra dan keterbukaan untuk bekerjasama. Semoga hubungan ini menjadi asas kepada pelaksanaan inisiatif bersama demi kebajikan rakyat.
@lhdnkedah