31 Julai 2025 – L’Oréal Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia, dengan sokongan Yayasan Kebajikan Negara, melancarkan inisiatif Beauty for a Better Life Salon di Anjung Singgah Kuala Lumpur – sebuah ruang penjagaan diri khas buat komuniti terjejas yang memerlukan sentuhan baru dalam hidup mereka.
Program ini turut dihadiri oleh Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Tomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia – Singapura, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, dan Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia.
Terima kasih kepada L’Oréal Malaysia atas komitmen dalam membina komuniti yang lebih berdaya, inklusif dan penuh harapan.