PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

  • Post author:
  • Reading time:17 mins read
 

30 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Kerinchi, melibatkan seramai 100 penerima daripada komuniti setempat.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Lembah Pantai, Encik Muhamad Safwan bin Saidin; Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad; Serta Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C PPR Kerinchi, Haji Mohd Yusoff bin Haji Ibrahim.

Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 15 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.

YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat!

Every donation will go to feed the right person.

DONATE