PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025
15 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin kini memasuki tahun kedua dengan pelaksanaannya bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, bantuan telah disalurkan kepada dua lokasi iaitu PPR Desa Tun Razak dengan 100 penerima di Masjid Zaid Bin Thabit dan PPR Taman Mulia dengan 100 penerima. Program kali ini juga diadakan saringan kesihatan dengan kerjasama Klinik As – Salam.
Inisiatif berterusan ini adalah kerjasama antara MAIWP dan YFBM, dengan bantuan dana zakat melalui MAIWP dan kehadiran Pusat Agihan Zakat (PAZA) Bandar Tun Razak membantu memberi penerangan berkenaan skim yang dibawah MAIWP bagi asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Tahun ini, program ini turut diperluas dengan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Turut hadir memeriahkan program kali ini Ketua Pusat Agihan Zakat Bandar Tun Razak, Puan Noor Jamimah binti Ahmad dan barisan pengurusan PAZA MAIWP, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar Ahmad serta ajk tempatan di PPR Desa Tun Razak dan PPR Taman Mulia dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 24 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan, AJK tempatan, komuniti setempat serta warga kerja YFBM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.