16 JUN 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik serta meneroka ruang kolaborasi dalam usaha memperkukuh jaringan bantuan makanan di seluruh negara.
Kami amat menghargai sambutan mesra dan sokongan yang diberikan oleh pihak LPP. Komitmen bersama dalam memperkasakan inisiatif bantuan makanan diyakini mampu memberi manfaat besar kepada golongan yang memerlukan, terutamanya komuniti luar bandar dan petani kecil.
Yayasan Food Bank Malaysia berharap agar hubungan ini dapat diteruskan dengan lebih erat demi kesejahteraan masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat.