MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM SMK SYED ABU BAKAR

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read
14 Jun 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang, Baling. Kehadiran diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid bersama pasukan YFBM ke Dewan Ibnu Sina sebagai sokongan kepada usaha memupuk kecemerlangan akademik di peringkat sekolah.
 

Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan pelajar, tetapi juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara komuniti, institusi pendidikan dan badan-badan luar seperti YFBM. Ia mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyokong pembangunan modal insan sejak di bangku sekolah.

Kami percaya setiap langkah kecil ini membawa makna yang besar. Terima kasih atas jemputan dan layanan mesra daripada warga sekolah—sebuah pengalaman yang cukup bermakna buat kami di YFBM.

Berpakat Bantu Masyarakat.

Every donation will go to feed the right person.

DONATE