31 Mei 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan sumbangan dari Burr Computer Environments, Inc (BCEI) telah mengagihkan 100 kotak makanan asas beserta beras kepada penerima di Pusat Komuniti Balai Raya Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Majlis agihan ini turut disertai oleh Mr Charlie Elsea, Pengarah Inovasi dan Penyampaian, BCEI Malaysia, Mr Richard Patterson, Pengarah Pembinaan, APAC, BCEI Malaysia dan, Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, serta sukarelawan BCEI Malaysia dan warga kerja YFBM yang bersama-sama berganding bahu dalam memastikan proses penyampaian bantuan berjalan lancar dan teratur.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Burr Computer Environments Inc. atas sumbangan dan komitmen mereka dalam menjayakan misi kebajikan ini. Semoga kerjasama ini menjadi inspirasi untuk lebih banyak pihak tampil membantu membina masyarakat yang lebih sejahtera.
@bceigroup
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US