18 Mei 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Ajinomoto telah menjayakan program bantuan makanan *Seri Aji Kindness Basket* di Flat Dadimur, Batu Caves, Selangor. Sebanyak 100 kotak makanan asas telah diagihkan kepada komuniti setempat dalam usaha meringankan beban dan memperkukuh semangat kebersamaan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ms. Lee Soon Howe, Timbalan Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Pengguna Ajinomoto, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia serta Puan Shiella Tukimin, Pengerusi Persatuan Penduduk merangkap Presiden NGO WITUS yang turut menjadi rakan pelaksana di peringkat komuniti.
YFBM merakamkan penghargaan kepada Ajinomoto, NGO WITUS, para sukarelawan dari KPTM Bangi yang hadir membantu proses pembungkusan dan agihan, serta semua ahli kerja YFBM yang bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Semoga usahasama murni ini terus menjadi pemangkin dalam mencapai masyarakat yang lebih prihatin dan sejahtera.
@myajinomoto
@ajinomotomy_foodie
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US