21 – 23 April 2025 – Yayasan Hasanah dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir di 5 lokasi yang terjejas sekitar Kota Marudu, Kota Belud dan Beaufort, Sabah. Misi ini menumpukan bantuan kepada komuniti termasuk keluarga berpendapatan rendah, pesakit kronik, dan pelajar sekolah yang terkesan akibat bencana banjir.
Sumbangan yang diagihkan merangkumi barangan asas, kelengkapan persekolahan dan kit solat.
Misi ini dijayakan dengan sokongan komuniti setempat serta kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Terima kasih kepada Yayasan Hasanah atas sokongan dan komitmen berterusan dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US