16 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan Food Bank Kasih – Ramadan Kareem 2025 di Kemunting, Perak, dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM). Program ini bertujuan untuk membantu para veteran tentera yang memerlukan dengan sumbangan pek makanan asas sempena bulan Ramadan.
Sebanyak 150 kotak makanan, beras 10kg, dan kurma telah diagihkan kepada penerima manfaat. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, Pengerusi Yang Dipertua PVTTBM Perak, Encik Razali Awang Md Noor, sukarelawan, dan ahli kerja YFBM.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada penerima serta memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan para veteran tentera yang berjasa kepada negara.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US