SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA DUNKIN’ DI JUASEH

  • Post author:
  • Reading time:12 mins read
8 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama Dunkin’ Malaysia telah menjayakan program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’ – Kindness Basket di Balai Raya Juaseh Pekan, Kuala Pilah. Program ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat dengan agihan pek makanan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.
 
Sebanyak 150 kotak makanan asas “Kindness Basket” telah di agihkan kepada penduduk Kg. Juaseh. Turut hadir dalam program ialah Ketua Kampung Juaseh, En. Murad bin Taib, serta Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Azhar Ahmad, AJK tempatan, dan kakitangan YFBM.
 
Terima kasih kepada Dunkin’ Malaysia atas sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam komuniti.
 
Dunkin’ (Malaysia)
 
Berpakat Bantu Masyarakat!
 
 
 

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE