USAHA MEMBANTU KOMUNITI ORANG ASLI BROGA BERSAMA DOT2GATHER

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

9 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia berbesar hati dapat menyokong program DOT2GATHER: Meningkatkan Budaya Pemakanan Sihat Melalui Pengedaran Makanan Kepada Komuniti Orang Asli yang berlangsung di Kampung Orang Asli Broga, Semenyih. Program ini merupakan inisiatif sekumpulan pelajar MBA dari UKM Graduate School of Business (UKM-GSB) di bawah seliaan Dr. Nur Laili Ab Ghani dan diketuai oleh See Hui Ern (Helen). Program ini memberi manfaat kepada 80 keluarga Orang Asli melalui pengedaran makanan sihat serta peningkatan kesedaran tentang kepentingan pemakanan yang seimbang.

Kejayaan program ini turut didukung oleh pelbagai pihak yang memberikan sokongan dalam bentuk sumbangan dan penyertaan. Yayasan Food Bank Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada Pastry World Sdn Bhd dan Sangcai Sdn Bhd atas sumbangan makanan serta Engenious Solutions Sdn Bhd yang telah memberikan sokongan kewangan dan tenaga sukarelawan. Seramai 13 sukarelawan daripada Engenious Solutions Sdn Bhd turut membantu dalam aktiviti seperti ceramah nutrisi oleh Dr. Muhammad Saiful Jamial, demonstrasi masakan sihat oleh Cik Liyana, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti mewarna kanak-kanak bertemakan “Pinggan Sihat,” serta sukaneka dan pertandingan sumpit.

Program ini juga tidak akan berjaya tanpa dedikasi pasukan projek dari UKM-GSB yang merancang dan melaksanakannya dengan penuh komitmen:

  • Ketua Projek: See Hui Ern (Helen)
  • Bendahari: Giselle Ooi
  • Setiausaha: Cecelia Lim
  • Pengarah Program: Mohd Sharif (dibantu oleh Christine)
  • Pengarah Penajaan: Yong Siew Hong (dibantu oleh Sharmilatha)
  • Pengarah Pemasaran dan Kreatif: Thurgavinaasini (dibantu oleh Nazri)

Inisiatif ini bukan sahaja selari dengan misi Yayasan Food Bank Malaysia dalam memastikan komuniti yang memerlukan mendapat akses kepada makanan berkhasiat, tetapi juga seiring dengan matlamat kami dalam pembangunan komuniti. Melalui program seperti ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat serta memperkasakan komuniti Orang Asli Broga dengan ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan jangka panjang.

Yayasan Food Bank Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sokongan anda amat dihargai dan bersama-sama, kita mampu membawa perubahan positif kepada komuniti yang memerlukan.

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE